• mainbanner.jpg

 
 
 
 
 
 
 
Username
Password
 
 
Thursday, 28 August 2008
WARKAH DARIPADA PENGASAS HIRAQ

frt_rajav1.jpg
Assalamualaikum wbt.

Nama Hiraq Marketing & Training “ terlahir ” daripada aspirasi gua Hiraa di Jabal Nur, Mekah Al Mukarramah dan sekarang dengan nama baru HIRAQ MARKETING & TRADING (M) SDN BHD . Keyakinan untuk memulakan perniagaan berlandaskan sabda nabi SAW  iaitu “ 9 daripada 10 punca rezeki adalah daripada perniagaan ”.

Pendakian saya ke gua Hiraa pada tahun 2006 yang lalu membawa pengalaman yang penuh erti.  Munajat saya kepada Allah swt di dalam gua Hiraa ketika selepas mendirikan solat dhuha ditempat wahyu pertama diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw mengundang keinsafan lalu mengilhamkan perjuangan ini.

Hasrat suami SHAKRI ANUAR HJ ALAUDDIN untuk memulakan perniagaan selepas berhenti daripada berkhidmat dengan MAS saya sokong sepenuhnya.

HIRAQ MARKETING & TRADING (M) SDN BHD
 kami (saya dan suami) jadikan landasan untuk mencari rezeki yang halal berlandaskan motto “mencari keredhaan”. Oleh itu, setiap perniagaan dan program yang dijalankan sedaya-upaya diharap dengan objektif yang jelas agar ia menjadi jambatan menuju keredhaan Allah swt dan demi membangunkan ekonomi ummah.

Bermula dengan menjadi penganjur seminar dan kelas pengajian bahasa Arab At Tilawah

Dan kini, Hiraq Marketing dengan izin Allah swt melangkah setapak lagi dengan mengeluarkan 7 produk berjenama HIRAQ iaitu: 

- HIRAQ JELLY GAMAT berperisa STRAWBERRY yang berkhasiat dan enak sesuai untuk semua peringkat usia. 

QHAWWI KURMA HERBAL ESSENSE dan
- QHAWWI MAN'S DREAM  Impian Lelaki  untuk kaum Adam. frtshakriv1.jpg

- HIRAQ KARMILA KURMA HERBAL ESSENCE 
- HIRAQ KARMILA MAGICAL CREAM
- HIRAQ KARMILA T-3 FEMININE WASH dan
- HIRAQ KARMILA BREAST CREAM & PASTE pula istimewa untuk kaum Hawa.

Kami mengalu-alukan rakan niaga untuk memasarkan produk-produk ini di samping dapat  meningkatkan ekonomi kita bersama.

Semoga, segala usaha murni  ini mendapat sokongan daripada anda semua dan sama-samalah kita saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan saling berpesan-pesan dengan kesabaran.





Salam  Ukhuwah.
RAJA MAZIAN RAJA MOHAMED
 
 
 
HIRAQ Marketing & Trading (M) Sdn Bhd © 2007-2009. All Rights Reserved
 

Best viewed with Internet Explorer 6.0 or newer versions.
Design by www.corporate.com.my | Copyright © 2003-2008. All Rights Reserved.